Assalamualaikum wbt,

Selamat pagi dan salam Ramadhan 23 buat sahabat yang sudi berkunjung ke blog wawa.

Sahur apa hari ni? Wawa macam biasa la, sahur dengan ESP campur Performance Drink dan 1 sachet Collagen Powder.

Budak rumah selalu tanya, tak lapar ke tak makan nasi? Alhamdulillah, so far wawa sahur bersama ESP & PD ni belum rasa lapar dan dahaga sangat la. Badan pun bertenaga je. Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah kan. Wawa cuba bekalkan dengan makanan yang terbaik untuk diri.😊

Ehh, terpanjang pula mukaddimah. Almaklum laa jarang sangat sharing pagi, bila dah sharing semua nak taip kan. Hihi
Ya ampunnn.🙈

Bukan itu wawa nak cerita sebenarnya. Wawa nak bagitau, malam tadi pertama kali dalam sejarah wawa cuba Cinch Tea Mix. Seriously, wawa belum pernah tey dan tak pernah terlintas pun nak cuba sebab bila tengok fungsi lebih kepada untuk orang kurus.

Tapi, hari tu wawa join kelas produk tentang Cinch Tea Mix di #Maestroelite.Ya Allah, banyak sangat dapat ilmu dalam kelas ni.



Mengikut pengalaman cikgu yang mengajar tentang produk ni, dia cuba Cinch Tea ni sebab dia ni jenis mengantuk tahap kronik. Sampaikan dia tak dapat nak bagi perhatian kat anak2. Ye laa, balik kerja penat campur mengantuk. Mana sempat nak tengok buku sekolah anak2, kerja-kerja sekolah anak-anak. Selalu je dia lepaskan keletihan tu pada anak-anak. Sehinggalah tahap keputusan anak-anak dia drop sangat.

Lepas kejadian itu, barulah dia sedar dia perlu buat sesuatu. Dia perlu berubah dan perlu atasi masalah mengantuk dan keletihan. Selepas google, banyak dia dapat info cinch tea bagus untuk tenaga dan elak mengantuk.

Alhamdulillah, selepas amalkan Cinch Tea Mix bukan hanya banyak merubah beliau, malah prestasi anak-anak juga semakin baik. Selain itu, beratnya juga semakin menurun tanpa disedarinya. Alhamdulillah.

-----

Di atas tu pengalaman cikgu yang mengajar hari itu. Jom dengar pengalaman wawa pula.

Malam tadi pertama kali wawa cuba Cinch Tea Mix. Tahu kan Cinch Tea ni tak macam tea biasa yang kita minum tea boh, tea lipton tu. Ini memang tea luar biasa.😊👍🏻

Lepas minum, jam 1 masih lagi segar biji mata. Tak menguap langsung, sampailah wawa paksa tidur. Wawa siap boleh berjemur baju lagi 2 baldi. Hihi

Jika sebelum ini, jam 10 malam tu dah tak leh nak buka biji mata haa. Alhamdulillah, bolehlah bagi suami nanti time nak balik kampung. Drive malam-malam tak nak bagi mengantuk.