Assalamualaikum wbt,

#KisahInspirasi


Wawa ada sorang rakan bisnes. Kami bisness lain2, tapi duduk dalam 1 group. 

Saling transfer aura masing2. Ada kisah akak ni, buat bisnes buka restoran. Sekarang ni dia dah ada lebih 3 cawangan salah satunya ri teluk intan.

Kisah dia ni, boleh kita apply untuk bisnes kita juga. Konsep sama cuma cara tu boleh olah sikit.

Kisahnya,

Kome kome, nak bagtau ni.
Dulu kan kedai kita , nak tunjuk pun segan. mak pun segan nak bagitau kawan2 sebb memang keadaan kedai agak menyegankan. Semua rak buat sendiri pakai kayu dan papan. Meja pun meja plastik, dan kerusi ada yang kalau salah duduk boleh sepit punggung orang sebb dah pecah skit atasnye. Sebabnye  xde modal nak buat cntik cantik. Tapi PBT disini, syaratkan buat signbord, kedai makan mesti kene letak restoren atau kafe. Depa sruh letak restoren, kami pun denga segan letak je la perkataan restoren kat signbord, dan ada yang gelakkan kitaorg sebb kedai macam tu tepek perkataan restoren. Kami diam dan kami azam, akhirnya, apa yang depa duk sebut, restoren restoren tu, meme jadi kenyataan. Alhamdulillah, kami bangga dengan restoren kami sekarang..  

Moralnye, walau pun belum jadi korang jangan malu tepek impian korang, kerana ramai yang sebut sebut, alhamdulillah jadi kenyataan.

Contoh macam kita ni, nak jadi jutawan / master shaklee jangan segan nak tepek nama jutawan / master kat mana2. 

Sebab setiap mata yang melihat, mulut yang memanggil semuanya doa. Kan. 

Setuju?

#JutawanWawa