Assalamaualaikum wbt,

Wawa dah lama cari resepi masakan stim ni. Hari ni jumpa kat fesbuk kawan wawa share pagi ni. Jadi, boleh juga wawa panjangkan kat sini untuk rujukan masa akan datang.")

SIAKAP STIM LIMAU ALA THAI 
(PRIK KEE NOO)



Bahan2 :
1 ekor ikan siakap sederhana besar
4 ulas bwg putih
1 biji bwg holland
1 kiub pati ayam
5 biji cili padi
2 inci halia
2 batang serai
3 sudu sos ikan
1 cawan jus limau nipis
1 sudu gula
Sedikit daun ketumbar + cili merah + hirisan limau utk hiasan

Cara2 :
Bersihkan ikan..kelar ikan supaya sos meresap..
Sapukan ikan dengan kiub pati ayam yg dicampur sedikit jus limau + air
Masukkan serai yg telah diketuk ke dlm perut ikan
Masukkan ikan ke dalam pengukus
Campurkan sos ikan + gula + jus limau nipis dan tuangkan ke atas ikan
Cincang halus bwg putih + cili api + halia dan taburkan ke atas ikan
Last skali masukkan bwg holland yg dipotong halus...kukus sehingga ikan masak
Hiaskan dengan daun ketumbar + limau + cili merah

Perkongsian resepi masakan dari whatsap group sahabat masakan .